Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua. Nama saya Sharmiladevi A/P Selvarajoo dan juga dikenali dengan nama samaran, Mia. Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Tanjong Karang pada tahun 1994 tanggal 1 haribulan Februari.
Bapa saya merupakan seorang guru lepasan diploma yang berkhidmat di SJK(T) Vageesar. Beliau berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah tersebut. Ibu saya pula adalah seorang suri rumah yang setia dengan tugasnya membesarkan kami.
Saya memulakan alam persekolahan di sebuah tadika yang bernama Tadika Nebula. Selepas itu saya melanjutkan pelajaran saya di Sekolah beraliran Tamil yang bernama SJK(T) Vageesar. Saya memperoleh 6A dalam UPSR. Seterusnya saya menyambung pengajian saya di sekolah menengah iaitu di SMK Sultan Abdul Aziz dan saya memperoleh 4A dalam PMR dan saya menamatkan pengajian sekolah menengah di sekolah yang sama dengan mendapat 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Makanan kegemaran saya ialah kari dal dan thosai. Minuman kegemaran saya pula ialah Teh - O -Llimau. Pakaian kegemaran saya ialah Batik. Warna kegemaran saya ialah biru. Saya sentiasa suka berada dalam keadaan pakaian yang cantik lagi menawan.
Permainan kegemaran saya ialah catur dan saya pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah. Hobi saya pula ialah melukis gambar atau poster pemandangan semulajadi, bermain 'key-board', bercucuk tanam dan menyulam.
Cita-cita saya sejak dari kecil lagi ialah untuk menjadi seorang guru - dengan mengikut jejak langkah bapa saya. Matlamat hidup saya ialah mendidik anak bangsa supaya menjadi warga negara yang kamil, mulia serta taat kepada Agama, bangsa dan negara. Saya ingin menamatkan pengajian saya di bidang pendidikan sehinggalah ke menara gading dan mendapat segulung ijazah yang mempunyai makna yang tidak terhingga.
No comments:
Post a Comment