SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar
bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan
tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia
pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk
kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak
di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan
ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978.
Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru
bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan
memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala
Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia
bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah
pembelajaran.
Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan
Pendidikan Khas Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948)
menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini
ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk
Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan
pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus.
Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada
pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang
sepadu dalam sistem pendidikan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak- kanak Sedunia dan antara yang
ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu3 mereka berhak mendapat
penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami
serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai
pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalamAkta Pelajaran1961.
Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk
muridmurid yang kurang upaya”. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang
mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan
satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang
lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan
ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya
bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah
diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab
pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada
masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam
memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun1981 dan
memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk
mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak
kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada
Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian
Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini
menetapkan:
• Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap
pendidikan kanak- kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran
dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh
dididik.
• Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.
• Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
• Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.
• Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas
• Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.
• Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
http://pendidikankhask16.blogspot.com/2010/07/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html
No comments:
Post a Comment